milagro coffee

milagro coffee

Buka Puasa Di Bazaar33 @ Pacific Regency Hotel Suites

Hai korang,

Macam mana puasa? Penuh atau ada lompong-lompong?  hehehe. Haaa, mana yang ada lompong-lompong tu jangan lupa ganti nanti.

Kali ni abam nak kongsikan salah satu hotel yang abam pernah pergi berbuka.

Bazaar 33 di Hotel Pacific Regency Menawarkan Masakan Nusantara


Kat sini ada lebih dari 100 menu yang disediakan dan menu utama yang disediakan akan disediakan ikut daily rotation.

Antara menu Nusantara yang disediakan seperti Kambing Masak Hitam, Ayam Salai Masak Lemak Cili Api,  Ikan Pari Asam Pedas, Gulai Tempoyak Ikan Patin, Labu Masak Lemak and Sotong Lit Lit.









Sempat lagi ni kalau korang nak makan bersama keluarga di sini tau sebab bufet Nusantara di Bazaar 33 available setiap hari dari pukul 6.30 petang sampai 10 malam sehingga 23 Jun ni.

Harga untuk per pax ialah RM99 nett (minggu pertama dan keempat) dan RM128nett (minggu kedua dan ketiga) untuk dewasa dan untuk kanak-kanak dan warga emas ialah RM50nett (untuk minggu pertama dan keempat) RM64nett untuk minggu kedua dan ketiga). Untuk kumpulan 11 pax, satu akan diberikan percuma.

Untuk pengetahuan korang, menu Nusantara di sini disediakan oleh Chef Zairul Effendi yang berpengalaman dalam bidang masakan sejak dari 1992. Beliau sendiri yang memilih menu untuk juadah berbuka puasa di sini.



Dan yang paling menarik perhatian abam di sini, dia punya Air Batu Campur dia ada lebih dari 50 inti yang mana korang boleh rasa.

Kat sini juga korang boleh dapatkan laksa, rojak, pasembur, kuih-muih dan macam-macam lagilah masakan yang mengikut tema Nusantara.

Untuk tempahan, boleh hubungi +603 2332 7777 ext. 6819 atau email di fnbadmin@pacific-regency.com.

Info Tambahan

Korang boleh dapatkan diskaun sehingga 45% untuk berbuka di sini dengan membeli e-voucher di 11 Street.  E-voucher ni valid sampai 20 Jun sahaja. Cepat jangan terlepas peluang ni.

Tekan gambar untuk terus beli e-voucher di 11Street.


Gambar lain












No comments

Powered by Blogger.